JIKA PEKERJA PENTING, KENAPA ISU FA MASIH DIBEKUKAN?
Dalam Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2026, Perdana Menteri Dato’ Sri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa pekerja masih bergelut untuk kenaikan kecil walaupun syarikat mencatat keuntungan besar. Beliau juga menegaskan bahawa pekerja tidak boleh dipinggirkan.
Pekerja setuju.
Tetapi jika pekerja benar-benar penting, kenapa isu Festival Aid (FA) masih belum diselesaikan walaupun sudah berlarutan begitu lama? Kenapa pekerja masih dipaksa menunggu sementara hak mereka terus diganggu?
Isu ini tidak muncul semalaman. Ia berlarutan di bawah pemerhatian pentadbiran MADANI hari ini, sementara pekerja dan keluarga mereka terus menanggung ketidakpastian.
Pekerja tidak perlukan pujian semata-mata. Pekerja perlukan tindakan.
Ucapan yang baik tidak membawa makna jika hak pekerja masih terganggu dan tertangguh. Jika kerajaan ini benar-benar percaya kepada maruah, keadilan, dan penghormatan terhadap pekerja, maka prinsip itu mesti diterjemahkan melalui tindakan, bukan sekadar kata-kata.
Isu FA mesti diselesaikan secara adil. Pekerja tidak boleh terus menunggu.
Kerana pekerja bukan meminta belas ihsan. Pekerja menuntut apa yang telah mereka usahakan dan layakkan.
Baca laporan Bernama di sini:
https://www.bernama.com/tv/news.php?id=2551678
#IsuFA #HakPekerja #PekerjaBukanPengemis #MADANIDinilai #PekerjaBersatu #KeadilanUntukPekerja #WorkersRights #FestivalAid #WorkersDeserveBetter #UnionStrong #RespectWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now