07 May 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP ZON 6 KE PERLIS

Kangar, Perlis

AJK Cawangan NUBE PKP, Sdr Zaini Halidan, telah turun padang mengadakan lawatan kerja ke Zon 6 (Perlis) melibatkan Affin Bank, MBSB Bank dan CIMB Bank.

Lawatan ini memberi fokus kepada pengemaskinian data ahli serta mendapatkan maklum balas dan informasi terkini berkaitan isu di tempat kerja. Pendekatan turun padang ini penting bagi memastikan suara ahli didengar secara langsung dan tindakan kesatuan sentiasa berpaksikan realiti sebenar di lapangan.

Lawatan ini turut mengukuhkan hubungan antara kesatuan dan ahli, di samping mempergiat usaha merekrut ahli baharu kerana kekuatan NUBE terletak pada perpaduan dan solidariti ahli di bawah satu suara.

Sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan pelbagai isu berkaitan kebajikan, beban kerja dan hak pekerja dibincangkan secara terbuka dan konstruktif.

NUBE bukan sekadar organisasi. NUBE adalah benteng pertahanan pekerja. Selagi hak pekerja dicabar, selagi itu perjuangan ini akan diteruskan tanpa kompromi.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]