Di Sebalik Setiap Pekerja Bank, Ada Keluarga Yang Bergantung Pada Mereka
Setiap pagi, ribuan pekerja bank keluar bekerja bukan hanya untuk diri sendiri. Mereka membawa bersama tanggungjawab, harapan dan masa depan keluarga yang bergantung kepada mereka.
Ada yang sedang membesarkan anak-anak Ada yang membantu ibu bapa yang semakin uzur. Ada yang sedang bertahan dengan kos sara hidup yang semakin mencabar. Dan ada juga yang setiap bulan cuba memastikan cukup untuk meneruskan kehidupan.
Sebab itu pekerja bank tidak pernah meminta belas kasihan.
Pekerja bank hanya mahu keadilan Pekerja bank hanya mahu suara mereka didengar. Pekerja bank hanya mahu hasil daripada kekayaan industri yang mereka bantu jana setiap hari dikongsi secara adil.
Di situlah pentingnya rundingan kolektif dan kekuatan kesatuan Kerana apabila pekerja bank berdiri bersama, mereka tidak lagi memikul beban seorang diri.
Perjuangan ini bukan sekadar tentang angka atau klausa dalam perjanjian. Ia tentang maruah. Ia tentang kestabilan hidup. Ia tentang masa depan keluarga pekerja bank.
Dan selagi pekerja bank terus bersatu, suara pekerja akan terus kuat.
#PekerjaBank #PekerjaBersatu #KesatuanKuat #HakPekerja #SolidaritiPekerja #BankWorkers #WorkersRights #WorkerSolidarity #UnionStrong #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now