11 May 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP KE PBB BUKIT MERTAJAM

Barisan kepimpinan NUBE PKP yang terdiri daripada Naib Pengerusi, Bro Zainul; Setiausaha Kehormat, Sis Siti Haryati; serta AJK Bro Karthigasan dan Bro Arujunan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke PBB Bukit Mertajam bagi meninjau keadaan semasa di tempat kerja serta memperkukuh hubungan dengan ahli di lapangan.

Perbincangan memberi fokus kepada isu penyelarasan skop kerja dan klasifikasi tugasan, dengan penekanan bahawa setiap tanggungjawab yang diberikan mestilah selari dengan gred jawatan yang ditetapkan demi menjaga integriti struktur pekerjaan.

NUBE PKP kekal komited dalam memastikan kebajikan ahli terus dilindungi dan setiap maklum balas yang diterima akan dibawa untuk tindakan susulan demi menjamin keadilan serta keharmonian di tempat kerja.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]