12 May 2026

BERITA NUBE

 

AGM DAN LAWATAN ZON KUALA TERENGGANU KE PUBLIC BANK KUALA TERENGGANU

AGM dan lawatan Zon Kuala Terengganu ke Public Bank Kuala Terengganu berlangsung dalam suasana penuh semangat perpaduan dan solidariti sesama ahli.

Program ini dihadiri oleh Setiausaha Kehormat NUBE KT, Mohd Azizul Bin Fouzi, bersama Naib Pengerusi, Ahmad Marzuki Bin Mohd Nor, serta ahli-ahli Zon Kuala Terengganu.

AGM yang diadakan turut melibatkan pelantikan wakil IRC bagi memastikan suara pekerja terus dibawa dan diperjuangkan secara berkesan.

Sesi lawatan dan perjumpaan bersama ahli turut digunakan untuk menerangkan isu semasa pekerja industri perbankan serta kepentingan disiplin, kerjasama dan kesatuan di tempat kerja.

Dalam pertemuan tersebut, turut ditekankan bahawa perpaduan dan solidariti adalah kekuatan utama pekerja dalam menghadapi cabaran semasa. NUBE akan terus komited memperjuangkan keadilan, hak dan maruah pekerja demi menjaga kebajikan serta masa depan pekerja.

Terima kasih kepada semua ahli atas sokongan padu kepada NUBE. Solidariti kita adalah kekuatan kita.

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]