AGM & LAWATAN NUBE KT KE CIMB BANK KUALA TERENGGANU
Pimpinan NUBE Cawangan Kelantan/Terengganu telah mengadakan AGM dan lawatan kerja ke CIMB Bank Kuala Terengganu bagi menerangkan isu semasa pekerja serta mengukuhkan hubungan sesama ahli.
Lawatan ini diketuai oleh Naib Pengerusi NUBE KT, Saudara Ahmad Marzuki Bin Mohd Nor, bersama Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, dan IR Cawangan, Saudara Helmie Bin Ahmad.
Pelbagai isu semasa telah dibincangkan termasuk perkembangan rundingan, kebajikan pekerja, serta kepentingan kesatuan dalam mempertahankan hak dan suara pekerja industri perbankan.
Sesi ini turut menjadi platform bagi ahli menyuarakan pandangan dan maklum balas secara langsung kepada pimpinan kesatuan.
NUBE KT kekal komited memperkukuhkan solidariti, perpaduan dan kerjasama sesama ahli kerana kekuatan kesatuan lahir daripada kesatuan hati dan sokongan padu semua ahli.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now