Rundingan Kolektif Memberi Pekerja Suara
Hak pekerja tidak lahir secara kebetulan. Hak pekerja lahir apabila pekerja bersatu, berdiri bersama dan mempunyai suara dalam menentukan masa depan mereka sendiri.
Sebab itu rundingan kolektif sangat penting.
Rundingan kolektif memberi ruang kepada pekerja untuk berunding secara adil. Ia memastikan suara pekerja didengar, bukan diketepikan. Ia mewujudkan keseimbangan antara pekerja dan pihak yang mempunyai kuasa serta sumber yang jauh lebih besar.
Tetapi apabila proses rundingan kolektif cuba dipintas, pekerja akan kehilangan suara mereka.
Inilah yang berlaku apabila rundingan CA20 sebelum ini dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dengan alasan kononnya telah berlaku “deadlock”, walaupun rundingan sebenar belum pun bermula sepenuhnya.
Lebih membimbangkan, Mahkamah Tinggi kemudian memutuskan bahawa rujukan tersebut adalah salah dan mekanisme rundingan sedia ada dalam CA telah diketepikan. Mahkamah juga membangkitkan isu campur tangan bekas Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong 沈志强 dalam proses tersebut.
Apa yang berlaku ini bukan sekadar isu prosedur.
Ia melibatkan hak pekerja untuk didengar, hak pekerja untuk berunding dan hak pekerja untuk mempunyai suara dalam menentukan masa depan mereka sendiri.
Sebab itu pekerja tidak boleh memandang ringan kepentingan rundingan kolektif dan kekuatan kesatuan Tanpa suara bersama, pekerja akan sentiasa berada dalam kedudukan yang lemah walaupun merekalah yang membantu menggerakkan industri setiap hari.
Perjuangan ini bukan sekadar tentang satu perjanjian atau satu rundingan. Ia tentang mempertahankan hak pekerja untuk terus mempunyai suara Dan selagi pekerja terus bersatu, suara itu tidak akan dapat dibisukan.
#PekerjaBank #PekerjaBersatu #KesatuanKuat #HakPekerja #SolidaritiPekerja #BankWorkers #WorkersRights #WorkerSolidarity #CollectiveBargaining #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now