Hak Yang Tidak Dipertahankan Akan Lebih Mudah Dicabut
Hak pekerja yang dinikmati hari ini tidak muncul secara kebetulan. Ia dibina melalui keberanian, pengorbanan dan perpaduan generasi pekerja terdahulu yang berani bersuara dan mempertahankan maruah pekerja.
Sebab itu pekerja hari ini tidak boleh memandang ringan apa yang telah dibina selama ini.
Perjanjian kolektif bukan sekadar dokumen. Ia adalah perlindungan yang memastikan suara pekerja didengar dan hak pekerja tidak ditentukan sesuka hati.
Tetapi itulah yang cuba dilakukan apabila proses rundingan CA20 dipintas dan dibawa terus ke Mahkamah Perusahaan oleh Steven Sim bersama pihak bank, walaupun mekanisme rundingan masih wujud dalam CA.
Akibatnya, pekerja terpaksa menanggung kelewatan lebih dua tahun.
Dan akhirnya pekerja juga yang membayar harganya. Hak yang dibiarkan lemah hari ini akan menjadi lebih mudah dicabut esok.
Sebab itu pekerja tidak boleh berdiam diri apabila suara kolektif cuba dilemahkan atau hak yang telah dipersetujui mula dipersoalkan semula. Perjuangan ini bukan sekadar untuk pekerja hari ini, tetapi demi masa depan generasi pekerja yang akan datang.
Jika kita berdiam diri apabila hak mula dilemahkan, generasi akan datang hanya akan mewarisi suara yang semakin kecil dan perlindungan yang semakin lemah.
One for all, all for one.
#PekerjaBank #KesatuanKuat #HakPekerja #SolidaritiPekerja #CA20 #CollectiveBargaining #BankWorkers #WorkersRights #WorkerSolidarity #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now