LAWATAN KERJA KE CDDC MAYBANK BUTTERWORTH
CDDC Butterworth Department Custom Due Diligence Centre (CDDC), Maybank
Sdri Nur Marjaan Binti Abdul Hamid dan Sdr Mohd Ayup Bin Abdul Razak telah mengadakan lawatan kerja ke CDDC Butterworth bagi memastikan hak pekerja terus dipelihara selaras dengan Perjanjian Bersama CA19 serta pematuhan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA).
Antara perkara yang dibincangkan termasuk kebajikan pekerja, suasana tempat kerja, keselamatan serta pematuhan syarat pekerjaan. Wakil turut mendengar pandangan dan isu yang dibangkitkan oleh pekerja bagi memastikan setiap perkara diberi perhatian sewajarnya.
Lawatan ini turut mengukuhkan komunikasi antara kesatuan dan pekerja demi memastikan keharmonian, kebajikan dan keadilan di tempat kerja terus terpelihara.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau pekerja terus diperjuang,
Hak dan kebajikan terus dilindungi.
#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KeselamatanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkplaceSafety #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now