19 May 2026

BERITA NUBE

 

LAPORAN LAWATAN KERJA NUBE SMJ

Lawatan kerja telah diadakan ke Public Bank dan Maybank Taman Perling, Johor Bahru oleh wakil Jawatankuasa NUBE SMJ, Sdr Mohd Hafidh Bin Hamzah dan Sdr Shariffudin Bin Hassan.

Sepanjang lawatan, beberapa perkara penting telah dibincangkan bersama ahli dan pekerja bagi meningkatkan kefahaman mengenai kepentingan kesatuan serta kebajikan pekerja.

Fokus Perbincangan:

  • Kepentingan National Union berbanding Inhouse Union
  • Family Medical Benefit
  • Kesedaran dan pematuhan keselamatan tempat kerja berdasarkan garis panduan OSHA
  • Kepentingan komunikasi berkesan antara ahli dan Jawatankuasa

Jawatankuasa turut menegaskan bahawa disiplin kerja yang konsisten, pematuhan terhadap keselamatan, dan komunikasi yang baik merupakan asas penting dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, tersusun dan produktif.

Lawatan ini berjaya memperkukuh kefahaman, hubungan serta kerjasama antara pekerja dan kesatuan demi memastikan amalan kerja yang lebih baik, berdisiplin dan selamat untuk kepentingan bersama.

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KeselamatanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkplaceSafety #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]