Bila Hak Pekerja Dilemahkan, Pekerja Yang Menanggung Akibatnya
Pekerja sentiasa diminta bersabar.
Bersabar dengan kelewatan, tekanan kerja yang semakin berat, hak pekerja yang mula dipersoalkan dan suara pekerja yang semakin diketepikan.
Tetapi setiap kali hak pekerja dilemahkan, bukan mereka yang berada di atas yang menanggung akibatnya.
Pekerja yang menanggungnya setiap hari.
Pekerja perlu terus hadap kos sara hidup yang semakin tinggi, bekerja dalam tekanan emosi dan tenaga yang semakin berat, sambil diminta terus memberi komitmen penuh walaupun hak dan kebajikan mereka terus ditangguhkan.
Apabila FA terus dibiarkan tergantung, pekerja yang menanggung tekanannya.
Apabila proses CA20 dilengah-lengahkan selama lebih dua tahun, pekerja yang menanggung akibatnya.
Apabila diskriminasi anti-kesatuan tidak diambil serius, pekerja juga yang menanggung kesannya.
Sebab itu pekerja tidak boleh memandang ringan apabila hak kolektif mula dilemahkan sedikit demi sedikit.
Kerana apabila pekerja mula berdiam diri, kelewatan akan mula dinormalisasikan, hak pekerja akan semakin mudah dipersoalkan dan suara pekerja akan semakin mudah diketepikan.
Pekerja tidak meminta kemewahan.
Pekerja hanya mahu hak dihormati, suara didengar dan layanan yang adil terhadap mereka yang membantu menggerakkan institusi kewangan negara setiap hari.
Jika kerajaan #MADANI dan pihak bank benar-benar menghargai pekerja, maka tindakan mesti selari dengan ucapan.
Kerana pekerja sudah terlalu lama diminta bersabar.
One for all, all for one
#PekerjaBank #HakPekerja #KesatuanKuat #SolidaritiPekerja #FA #CA20 #BankWorkers #WorkersRights #UnionStrong #JusticeForWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now