NUBE KT TERUS PERKUKUH PERPADUAN & SOLIDARITI AHLI
Hong Leong Bank Jalan Padang Garong, Kota Bharu
Kesatuan yang kuat lahir daripada ahli yang bersatu, berani dan memahami hak-hak pekerja. NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan AGM serta lawatan ke Zon Kota Bharu bersama ahli-ahli di Hong Leong Bank Jalan Padang Garong dalam suasana penuh perpaduan dan solidariti.
Program ini turut dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudari Mardiana binti A. Rahim; Setiausaha Cawangan, Mohd Azizul bin Fouzi; AJK, Saudari Siti Khadijah binti Ya; serta IR Cawangan, Saudara Helmie bin Ahmad.
AGM turut melibatkan proses pemilihan IRC yang berjalan lancar bagi memastikan suara dan kebajikan pekerja terus diperjuangkan di tempat kerja.
Sesi penerangan isu semasa turut diadakan bagi memberi kefahaman kepada ahli mengenai cabaran industri perbankan serta peranan NUBE dalam mempertahankan hak pekerja.
Antara perkara yang diberi penekanan:
- Hak pekerja di bawah Perjanjian Bersama
- Kepentingan perpaduan dan solidariti ahli
- Peranan NUBE dalam menjaga kebajikan pekerja
- Kesedaran terhadap hak dan perlindungan di tempat kerja
Program ini membuktikan bahawa semangat perjuangan NUBE terus kukuh dan relevan. Selagi ahli bersatu hati, suara pekerja akan terus didengari dan dihormati.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now