PERJUMPAAN BERSAMA AHLI DI PUBLIC BANK UEP SUBANG
Perjumpaan bersama ahli di Public Bank UEP Subang berlangsung dalam suasana penuh manfaat dan semangat solidariti.
Sesi ini dihadiri oleh Sdra Nur Muhammad Tamjidullah Bin Moktar, AJK NUBE KLSP dan Ketua Zon Subang Jaya, bersama Sdra Mohd Fauzie Bin Mohd Yusof, AJK NUBE KLSP serta Sis Haslinda Binti Sallehhudin, Jawatankuasa Kerja daripada Public Bank.
Agenda utama yang dibincangkan:
- Penerangan mengenai CA & FA
- SOP di tempat kerja
- Artikel-artikel penting dalam CA
- Isu-isu semasa di cawangan
Ahli-ahli turut mengambil peluang mengemukakan pelbagai soalan kepada wakil NUBE KLSP bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu-isu berbangkit. Sesi soal jawab berlangsung secara terbuka dan konstruktif.
NUBE KLSP amat menghargai sambutan mesra serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli di Public Bank UEP Subang. Terima kasih atas sokongan berterusan terhadap perjuangan NUBE dalam mempertahankan hak, maruah dan masa depan pekerja industri perbankan.
#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #MaruahPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #FutureOfWork #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now