21 May 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE KE PUBLIC BANK BERHAD KLUANG

Saudara Muhammad Faizal bin Mohd Yahya (BC) bersama Saudara Mohd Azlan bin Nordin (BC) telah mengadakan lawatan kerja ke cawangan Public Bank Kluang dan disambut mesra oleh ahli-ahli NUBE di cawangan tersebut.

Tujuan lawatan ini adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan perkembangan CA dan FA, di samping mendengar serta mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu semasa yang dihadapi oleh ahli di cawangan.

Dalam sesi penerangan circular NUBE, Saudara Faizal dan Saudara Azlan turut menyeru ahli-ahli agar terus bersabar dan berdoa supaya rundingan antara NUBE dan MCBA mencapai keputusan terbaik untuk semua pekerja.

Mereka juga mengingatkan ahli supaya menyalurkan sebarang permasalahan melalui saluran yang betul dengan memaklumkan kepada IRC bank dan tidak membuat keputusan secara sendiri.

Di akhir sesi, ahli-ahli NUBE merakamkan penghargaan kepada kedua-dua BC atas kesudian hadir serta membuka ruang untuk ahli menyuarakan pandangan dan isu masing-masing.

One for all & all for one.

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #OneForAllAllForOne #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]