21 May 2026

BERITA NUBE

 

NUBE KT TERUS PERKUKUH SOLIDARITI AHLI

NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan lawatan serta AGM Zon Pasir Puteh yang berlangsung di CIMB Pasir Puteh sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan sesama ahli dan menyatukan semangat perjuangan warga kesatuan.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudari Mardiana Binti A Rahim; Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi; Ahli Jawatankuasa, Saudari Ida Ediawaty Binti Zakaria; serta Saudari Siti Khadijah Binti Ya.

Antara pengisian utama AGM adalah sesi pemilihan Ahli Jawatankuasa CIMB Pasir Puteh bagi memastikan kepimpinan yang lebih mantap dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta hak pekerja.

Sesi penerangan turut diadakan berkaitan isu semasa, kepentingan solidariti, perpaduan ahli serta peranan kesatuan dalam mempertahankan hak pekerja.

Ahli-ahli turut diingatkan bahawa kekuatan NUBE terletak pada perpaduan dan sokongan padu semua ahli.

“Kesatuan yang kuat lahir daripada ahli yang bersatu.”

Semoga semangat perpaduan dan solidariti ini terus diperkasakan demi memastikan suara pekerja sentiasa dibela dan dihormati.

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]