Kalau FA-MOA Tidak Penting, Kenapa Ia Ditandatangani?
Untuk berpuluh tahun, bank-bank sendiri mengakui bahawa pekerja memerlukan bantuan tambahan ketika musim perayaan. Sebab itu pekerja bank di Malaysia diberikan pinjaman perayaan untuk menampung perbelanjaan keluarga ketika sambutan perayaan.
Tetapi pada masa yang sama, bank-bank yang sama, termasuk bank-bank Malaysia yang beroperasi di Indonesia, mampu memberikan pekerja mereka di sana satu bulan gaji ketika musim perayaan kerana ia diwajibkan oleh undang-undang negara tersebut.
Jadi apabila NUBE membawa isu ini ke meja rundingan, persoalannya cukup mudah. Kalau bank boleh menghargai pekerja di negara lain ketika musim perayaan, kenapa pekerja di Malaysia tidak boleh menerima perkara yang sama?
Sebab itu pada tahun 2023, MCBA bersetuju menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) FA bersama NUBE. Persetujuan itu tidak berlaku secara kebetulan. Ia berlaku kerana pihak bank sendiri memahami logik, keperluan dan keadilan di sebalik tuntutan tersebut.
Jadi pekerja hari ini berhak bertanya…
Kalau FA-MOA tidak penting, kenapa ia ditandatangani?
FA bukan sekadar bayaran. FA adalah pengiktirafan terhadap sumbangan pekerja yang selama ini membantu menjana keuntungan berbilion untuk industri perbankan.
Pekerja tidak meminta kemewahan. Pekerja hanya mahu janji yang telah dipersetujui dihormati dan sumbangan mereka dihargai dengan adil dan bermaruah.
One for all, all for one.
#FAMOA #FestivalAid #HakPekerja #PekerjaBank #JanjiMestiDitepati #KeadilanUntukPekerja #BankWorkers #WorkersRights #HonourTheAgreement #FairnessForWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now