25 May 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ KE PUBLIC BANK KAHANG

Sdra Muhammad Faizal (BC) dan Sdra Mohd Azlan (BC) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Public Bank Kahang bagi bertemu dan berinteraksi bersama ahli-ahli.

Perbincangan tertumpu kepada perkembangan terkini berkaitan FA (Festival Aid) dan CA (Collective Agreement), di samping mengingatkan ahli agar terus bersabar, kekal teguh dan bersama kesatuan dalam meneruskan perjuangan demi kepentingan bersama.

Isu serta cabaran kerja yang dihadapi ahli turut dibincangkan termasuk penekanan terhadap aspek cash handling, khususnya ketika musim perayaan bagi mengelakkan kesilapan dan risiko yang tidak diingini.

Lawatan ini turut mengeratkan hubungan bersama ahli serta memastikan kebajikan dan kepentingan mereka sentiasa diberi perhatian.

One for all, all for one.

Hidup NUBE!!

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #OneForAllAllForOne #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]