25 May 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA & AGM BANK ISLAM JERTEH TERENGGANU

NUBE KT telah mengadakan Lawatan Kerja dan AGM bagi pemilihan IRC di Bank Islam Jerteh, Terengganu dalam suasana penuh perpaduan dan solidariti sesama ahli.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudari Mardiana binti A Rahim; Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi; serta Saudari Ida Ediawaty binti Zakaria.

Perbincangan tertumpu kepada perkembangan semasa Collective Agreement (CA), kebajikan ahli, hak pekerja serta isu-isu di cawangan bagi memastikan suara pekerja terus dibela dan diperjuangkan.

Program ini turut mengukuhkan hubungan sesama ahli NUBE di Zon Jerteh serta memperkasakan semangat kerjasama dalam menghadapi cabaran dunia pekerjaan masa kini.

Tahniah kepada semua ahli yang hadir serta barisan IRC yang dipilih. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh komitmen demi menjaga kebajikan dan hak pekerja.

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]