AGM & LAWATAN KERJA NUBE KT KE PUBLIC BANK GUA MUSANG
NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan lawatan kerja ke Public Bank Gua Musang bagi memilih Jawatankuasa IRC serta memperkukuhkan perpaduan dan solidariti dalam kalangan ahli.
Ahli-ahli turut diberikan penerangan mengenai perkembangan terkini Collective Agreement (CA), isu semasa pekerja perbankan, hak pekerja serta kepentingan kesatuan dalam menjaga kebajikan pekerja.
Program ini dihadiri oleh AJK NUBE KT, Saudara Mat Rahim bin Harun, bersama IR NUBE KT, Saudara Helmie bin Ahmad, yang turut berkongsi pandangan serta memberi penerangan berkaitan perjuangan dan hak pekerja.
Semangat perpaduan dan solidariti yang ditunjukkan membuktikan komitmen ahli dalam memperkukuhkan suara pekerja demi kebajikan dan masa depan yang lebih baik.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #PerjuanganPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #BankWorkers #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now