MESYUARAT & LAWATAN KERJA RASMI NUBE SMJ DI PUBLIC BANK BATU PAHAT
Satu mesyuarat telah diadakan bersempena lawatan kerja rasmi ke Public Bank Batu Pahat, Johor sebagai platform untuk berkongsi maklumat terkini serta membincangkan isu berkaitan kebajikan pekerja, CA, FA dan peranan IRC.
Sesi ini dikendalikan oleh Bro Mohd Azlan bin Nordin (BC), Bro Shariffudin Hasan (BC), Bro Mohd Zameer Ma’arof (WC) dan Bro Mohd Norfal Zorkefrie (WC).
Antara perkara utama yang dibincangkan:
- Peranan IRC sebagai penghubung antara pekerja dan pihak pengurusan
- Kepentingan memilih wakil IRC yang berwibawa dan berkesan
- Perkembangan terkini berkaitan Collective Agreement (CA) dan Festival Aid (FA)
- Kebajikan pekerja dan isu-isu semasa di tempat kerja
Sesi soal jawab turut memberi peluang kepada ahli untuk mendapatkan penjelasan secara langsung serta berkongsi pandangan dan cabaran yang dihadapi di cawangan.
Lawatan ini berjaya meningkatkan kefahaman ahli mengenai peranan kesatuan serta mengukuhkan semangat perpaduan dan penglibatan aktif dalam memperjuangkan hak serta kebajikan pekerja.
#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #SolidarityForever
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now