22 Jun 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) DI RHB BANK CAWANGAN KEMAMAN

NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan lawatan dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di RHB Bank Kemaman, Terengganu bagi memperkukuhkan hubungan sesama ahli serta meningkatkan kesedaran mengenai hak dan kebajikan pekerja.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudari Mardiana Binti A. Rahim, bersama AJK Saudari Ida Ediawaty Binti Zakaria dan Saudari Siti Khadijah Binti Ya.

Antara perkara utama yang dibincangkan:

  • Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu
  • Perkembangan isu-isu semasa dan pertikaian perusahaan
  • Pemahaman mengenai Collective Agreement (CA) serta hak dan faedah pekerja
  • Peranan kesatuan dalam melindungi kebajikan pekerja dan saluran penyelesaian isu di tempat kerja

Sesi ini turut memberi peluang kepada ahli untuk meningkatkan pemahaman mengenai hak, tanggungjawab dan peranan kesatuan dalam memastikan suara pekerja terus didengari dan diperjuangkan.

Lawatan ini menjadi platform penting untuk memperkukuhkan semangat solidariti dan perpaduan dalam kalangan ahli. Kesatuan yang kuat lahir daripada ahli yang bersatu, saling menyokong dan memahami hak serta tanggungjawab masing-masing.

NUBE akan terus komited memperjuangkan hak pekerja, memperkasakan ahli melalui pendidikan kesatuan serta memastikan kebajikan pekerja sektor perbankan sentiasa terpelihara.

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #PendidikanKesatuan #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #UnionEducation #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]