29 Jun 2026

BERITA NUBE

 

PROGRAM PENERANGAN NUBE KT DI PUBLIC BANK JALAN KEBUN SULTAN, KOTA BHARU

NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan satu sesi penerangan bersama ahli-ahli di Public Bank Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu bagi berkongsi perkembangan semasa serta memperkukuhkan kefahaman mengenai hak dan kebajikan pekerja.

Program ini dihadiri oleh Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul bin Fouzi, bersama Pegawai IR Cawangan, Saudara Helmie bin Ahmad.

Antara perkara utama yang dikongsikan:

  • Perkembangan terkini berkaitan Collective Agreement (CA)
  • Hak-hak pekerja dan kebajikan ahli
  • Kepentingan memahami hak dan tanggungjawab sebagai ahli kesatuan
  • Peranan solidariti dan penglibatan aktif dalam memperkukuhkan kesatuan

Sesi ini turut memberi peluang kepada ahli untuk bertukar pandangan serta meningkatkan kefahaman mengenai peranan kesatuan dalam mempertahankan hak, kebajikan dan kepentingan pekerja.

NUBE percaya bahawa kekuatan kesatuan terletak pada perpaduan ahlinya. Dengan semangat solidariti yang utuh, kita akan terus memperjuangkan hak, maruah dan masa depan pekerja industri perbankan.

Bersatu Kita Teguh, Bersama Kita Kuat.

One For All, All For One

#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #BersatuKitaTeguh #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #CollectiveAgreement #SolidarityForever

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]