APAKAH YANG SEBENARNYA BERLAKU DI MEJA RUNDINGAN?
Ramai melihat hasil sesuatu rundingan. Tetapi proses yang membentuk setiap keputusan itu berlaku di meja rundingan.
Rundingan bersama bukan sekadar proses mencapai persetujuan. Setiap cadangan perlu dijelaskan, setiap justifikasi dinilai, setiap pandangan dipertimbangkan dan setiap artikel diteliti kerana akhirnya setiap keputusan akan memberi kesan kepada ribuan pekerja bank serta keluarga mereka.
Sebab itulah rundingan bersama tidak semestinya mudah. Ada perkara yang dapat dipersetujui dengan cepat. Ada juga yang memerlukan penelitian dan perbincangan yang lebih mendalam kerana setiap pihak membawa pandangan yang berbeza. Itulah hakikat rundingan bersama yang sebenar.
Bagi CA20, proses ini sendiri telah melalui perjalanan yang panjang. Rundingan bersama tidak dapat dimulakan apabila sepatutnya selepas perkara ini dibawa ke Mahkamah Perusahaan. Mahkamah Tinggi kemudian memutuskan supaya CA20 dikembalikan ke meja rundingan bersama. Namun selepas rundingan akhirnya bermula, proses itu sekali lagi berdepan gangguan apabila permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi difailkan. Semua ini telah memberi kesan kepada perjalanan rundingan CA20.
Namun apabila rundingan berlangsung, setiap artikel yang dibincangkan bukan sekadar perkataan di atas kertas. Di sebalik setiap artikel terdapat pengalaman sebenar pekerja, cabaran di tempat kerja, kebajikan keluarga dan harapan untuk masa depan yang lebih baik.
Hak pekerja tidak dibina dalam sehari. Ia dibina melalui setiap perbincangan, setiap cadangan dan setiap persetujuan yang dicapai di meja rundingan.
Sebab itulah setiap kemajuan di meja rundingan mempunyai nilai. Bukan kerana ia mudah dicapai, tetapi kerana setiap persetujuan lahir daripada perbincangan yang teliti demi memastikan hak serta masa depan pekerja benar-benar dilindungi.
One for all, all for one.
#CA20 #PerjanjianBersama #RundinganBersama #SuaraPekerja #HakPekerja #MaruahPekerja #CollectiveBargaining #WorkersVoice #WorkersRights #NegotiationMatters #StrongerTogether #standtogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now