01 Jul 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AHLI NUBE SMJ DI PUBLIC BANK TAMPIN

NUBE SMJ telah mengadakan satu sesi pertemuan bersama ahli di Public Bank Tampin bagi memperkukuhkan hubungan kesatuan serta membincangkan isu-isu semasa yang memberi kesan kepada ahli.

Program ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudara Amirul Safwan, bersama AJK Saudari Zaiharini Binti Ismail dan AJK Kerja Saudara Hadi Hilman.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
  • Pematuhan SOP di tempat kerja
  • Perkembangan isu-isu semasa yang melibatkan Public Bank

Sesi ini turut memberi ruang kepada ahli untuk bertukar pandangan serta mendapatkan maklumat terkini mengenai perkara yang memberi kesan kepada pekerja dan tempat kerja.

NUBE SMJ merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli atas sokongan dan komitmen yang berterusan dalam memperkukuhkan kesatuan serta mempertahankan hak dan kepentingan pekerja.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBESMJ #NUBE #SolidaritiPekerja #KeselamatanPekerjaan #PematuhanSOP #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #WorkersUnity #WorkplaceSafety #SOPCompliance #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]