03 Jul 2026

BERITA NUBE

 

RM150 JUTA DIBAYAR. KEADILAN DIKHIANATI

Seramai 15,000 pekerja bank menyumbang kira-kira RM50 juta cukai pendapatan setiap tahun, atau RM150 juta dalam tempoh tiga tahun, tidak termasuk pelbagai cukai lain yang dibayar kepada Kerajaan.

 

Namun, PMX dan bekas Menteri KESUMA, Steven Sim, telah bersekongkol dengan 17 buah bank selama 3 tahun untuk menindas 15,000 pekerja sehingga hari ini.

 

Mahkamah Tinggi pada Februari 2026 memutuskan bahawa Steven Sim telah bertindak berat sebelah terhadap 15,000 pekerja kerana menyelaraskan kuasa pejabatnya secara tidak wajar dengan pihak bank.

 

Walaupun demikian, PMX tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Sim. Sebaliknya, Kerajaan turut menyertai 17 buah bank untuk terus menentang dan menindas 15,000 pekerja ini.

 

PMX merangkap Menteri Kewangan mengabaikan pelbagai surat, memorandum dan rayuan daripada 15,000 pekerja. Namun, Kerajaan tidak pernah gagal memotong cukai pendapatan mereka setiap bulan.

 

Ini ibarat merompak yang miskin untuk mengkayakan yang kaya serta menjaga kepentingan para menteri. Penyalahgunaan kuasa oleh Kerajaan Pakatan Harapan lebih teruk daripada mana-mana kerajaan sebelum ini.

 

Jika janji pilihan raya tidak ditepati, mengapa nak minta mandat baharu dalam PRN Johor? Adakah rakyat Malaysia dijangka melupakan segala pengkhianatan ini?

 

#RM150Juta #KeadilanUntukPekerja #SuaraPekerja #HakPekerja #PekerjaDidahulukan #TolakPenyalahgunaanKuasa #RM150Million #JusticeForWorkers #WorkersVoice #WorkersRights #GovernmentAccountability #StandForJustice

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]