LAWATAN & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE KT DI CIMB JALAN MAJU, KOTA BHARU
Solidariti hari ini adalah kekuatan perjuangan hari esok!
NUBE Kelantan/Terengganu telah mengadakan Lawatan Kerja dan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di CIMB Jalan Maju, Kota Bharu dalam suasana penuh semangat, perpaduan dan komitmen untuk terus mempertahankan hak serta kebajikan pekerja.
Program ini dihadiri oleh Pengerusi Cawangan, Saudari Mardiana Binti A. Rahim, Setiausaha Cawangan, Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, AJK Saudari Siti Khadijah Binti Ya, serta Pegawai Perhubungan Perusahaan, Saudara Helmie Bin Ahmad.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu
- Perkembangan terkini rundingan Collective Agreement (CA)
- Isu-isu semasa di tempat kerja
- Hak-hak pekerja serta kepentingan solidariti dalam memperkukuhkan kesatuan
Ahli-ahli turut diberi penerangan mengenai perkembangan rundingan CA serta usaha berterusan NUBE untuk memastikan setiap kemajuan yang dicapai melalui rundingan memberi manfaat kepada seluruh pekerja sektor perbankan.
Terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan terus memberikan kepercayaan kepada NUBE. Dengan perpaduan, solidariti dan penglibatan aktif setiap ahli, kita akan terus memperkukuhkan suara pekerja serta mempertahankan hak, maruah dan masa depan warga perbankan.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEKT #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerwakilanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #EmployeeRepresentation #CollectiveAgreement #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now