KEADILAN SUDAH BERSUARA. SIAPA YANG MASIH MEMEKAKKAN TELINGA?
Mahkamah telah bersuara.
Pekerja telah bersuara.
NUBE telah bersuara.
Namun selepas lebih tiga tahun, MCBA dan kepimpinan bank masih memilih untuk melengah-lengahkan penyelesaian yang adil kepada 15,000 pekerja bank.
Mereka tidak boleh berkata mereka tidak tahu, apatah lagi mendakwa mereka tidak mendengar. Mereka hanya memilih untuk tidak bertindak.
Persoalannya bukan lagi sama ada keadilan sudah bersuara.
Persoalannya ialah…
Siapa yang masih memilih untuk memekakkan telinga?
Hak pekerja tidak akan hilang hanya kerana ada yang enggan mendengar.
Semakin lama MCBA dan kepimpinan bank memilih untuk memekakkan telinga, semakin kuat suara pekerja akan bergema.
Bersatu Kita Teguh. Bersatu Kita Menang.
#KeadilanUntukPekerja #PekerjaBank #FestivalAid #CA20 #PerundinganBersama #HakPekerja #NUBEMalaysia #BersatuKitaTeguh #JusticeForWorkers #BankWorkers #CollectiveBargaining #JusticeMatters #WorkersRights #UnityIsStrength #StrengthIsVictory
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now