20 Jul 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP KE CIMB BANK USM & HSBC BANK QUEENSBAY

Naib Pengerusi NUBE PKP, Sdra. Zainul, bersama Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri. Harinder Kaur, telah mengadakan lawatan kerja ke CIMB Bank USM dan HSBC Bank Queensbay, Pulau Pinang bagi bertemu ahli-ahli serta mendengar sendiri pandangan dan isu yang dihadapi di tempat kerja.

 

Antara perkara yang dibincangkan:

Perkongsian perkembangan terkini mengenai kesatuan dan isu-isu semasa

Khidmat nasihat serta perbincangan mengenai cabaran di tempat kerja

Perkembangan rundingan Perjanjian Kolektif (CA) yang sedang berlangsung

 

Lawatan ini mencerminkan komitmen kepimpinan NUBE untuk sentiasa mendekati ahli di peringkat akar umbi, mendengar pandangan mereka, serta memastikan setiap suara diberikan perhatian dalam memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja.

 

Ahli-ahli di CIMB Bank USM dan HSBC Bank Queensbay turut menzahirkan sokongan padu terhadap perjuangan NUBE serta memberikan keyakinan kepada kepimpinan Kesatuan untuk terus memperjuangkan Perjanjian Kolektif (CA) yang adil demi kepentingan semua pekerja sektor perbankan.

 

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

 

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #SuaraPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #CollectiveAgreement #WorkplaceAdvocacy #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]