21 Jul 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PERAK DI RHB BANK IPOH GARDEN, PERAK

NUBE PERAK telah mengadakan lawatan kerja ke RHB Bank Cawangan Ipoh Garden, Perak sebagai platform untuk bertemu ahli, mengeratkan hubungan sesama ahli serta berkongsi perkembangan terkini mengenai hal-hal berkaitan kesatuan, kebajikan dan hak pekerja.

Lawatan ini telah diketuai oleh Sdr. Gobiraj, bersama Sdri. Rosliza dan Sdr. Jasbinder, yang turut mengadakan sesi perbincangan bersama ahli mengenai isu-isu semasa di tempat kerja serta perkembangan kesatuan.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu
  • Perkongsian perkembangan semasa berkaitan Perjanjian Kolektif (CA)
  • Isu-isu kebajikan, hak pekerja serta peranan NUBE dalam memperjuangkan kepentingan ahli

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang terbuka dan memberi peluang kepada ahli untuk berkongsi pandangan, mengemukakan cadangan serta membincangkan cabaran yang dihadapi di tempat kerja. Perbincangan ini turut memperkukuhkan kefahaman ahli mengenai peranan NUBE dalam melindungi hak dan kepentingan pekerja sektor perbankan.

NUBE PERAK merakamkan penghargaan kepada semua ahli yang hadir atas komitmen dan sokongan berterusan terhadap perjuangan Kesatuan. Semangat kebersamaan yang ditunjukkan menjadi pemangkin kepada usaha NUBE untuk terus memperjuangkan hak, kebajikan dan masa depan seluruh ahli.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEPERAK #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerwakilanPekerja #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #EmployeeRepresentation #CollectiveAgreement #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]