24 Jul 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP KE RHB BANK PADANG SERAI, AFFIN BANK KULIM HI-TECH & MAYBANK KULIM HI-TECH

NUBE PKP telah mengadakan lawatan kerja ke RHB Bank Padang Serai, Affin Bank Kulim Hi-Tech dan Maybank Kulim Hi-Tech sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyantuni ahli, meninjau kebajikan pekerja serta memastikan persekitaran kerja yang selamat, harmoni dan kondusif.

Lawatan ini telah disertai oleh Sdr. Karthigasan dan Sdr. Arujunan, Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE PKP, yang turun padang bagi bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan ahli di cawangan-cawangan berkenaan.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Isu kekurangan kakitangan dan cabaran beban kerja
  • Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) serta aspek keselamatan di tempat kerja
  • Pematuhan terhadap prosedur operasi dan amalan kerja yang selamat
  • Perkongsian perkembangan terkini mengenai Collective Agreement (CA)

Sesi perbincangan berlangsung secara terbuka dan membolehkan ahli berkongsi pandangan, mengemukakan kebimbangan serta membincangkan isu-isu yang memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan mereka. Maklum balas yang diterima akan terus dibawa ke perhatian kepimpinan NUBE untuk tindakan dan susulan yang sewajarnya.

NUBE PKP akan terus komited mendengar suara ahli, mempertahankan hak pekerja serta memperjuangkan persekitaran kerja yang selamat, adil dan mampan demi kebajikan seluruh warga industri perbankan.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #KeselamatanPekerjaan #PerjanjianKolektif #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #WorkplaceSafety #CollectiveAgreement #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]