24 Jul 2026

BERITA NUBE

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) & LAWATAN KERJA NUBE PERAK DI CIMB BANK CAWANGAN SITIAWAN

Dalam usaha memperkukuhkan hubungan sesama ahli dan memastikan kebajikan pekerja terus diberi perhatian, NUBE PERAK telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta lawatan kerja di CIMB Bank Cawangan Sitiawan, Perak. Program ini turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat terkini mengenai perkembangan kesatuan serta isu-isu yang melibatkan warga kerja sektor perbankan.

Program ini telah dihadiri oleh Sdr. Fakharuddin, Sdr. Arif dan Sdri. Zulfa, yang bersama-sama menyampaikan penerangan serta berinteraksi dengan ahli mengenai pelbagai perkara berkaitan kesatuan dan isu-isu di tempat kerja.

Antara perkara yang dibincangkan:

  • Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu
  • Perkembangan terkini rundingan Collective Agreement (CA)
  • Kepentingan memelihara hak-hak pekerja serta memperkukuhkan peranan kesatuan dalam membela kebajikan dan kepentingan ahli

Ahli-ahli yang hadir turut mengambil peluang untuk mengemukakan pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan pelbagai isu yang dihadapi di tempat kerja. Sesi ini juga telah meningkatkan kefahaman mengenai peranan NUBE dalam mewakili suara pekerja serta memperjuangkan hak dan kepentingan mereka.

Program diakhiri dengan semangat perpaduan yang tinggi apabila para ahli menzahirkan komitmen untuk terus bersatu, saling bekerjasama, dan memberikan sokongan padu kepada perjuangan NUBE demi memastikan kebajikan serta kepentingan ahli sentiasa dipelihara.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEPERAK #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #MesyuaratAgungTahunan #PerjanjianKolektif #PerwakilanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #AnnualGeneralMeeting #CollectiveAgreement #EmployeeRepresentation #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]