PENDIRIAN NUBE MENGENAI SHARIAH COMPLIANCE CULTURE SURVEY (SCCS) MAYBANK
Beberapa ahli telah menghubungi NUBE untuk bertanyakan sama ada mereka perlu menyertai Shariah Compliance Culture Survey (SCCS) yang dijalankan oleh Maybank.
NUBE pada asalnya bersedia untuk memberikan kerjasama dan menggalakkan ahli-ahli kita mengambil bahagian. Namun, sebelum berbuat demikian, NUBE telah meminta penjelasan daripada Maybank mengenai beberapa perkara yang melibatkan aspek perundangan dan teknikal berkaitan kaji selidik tersebut.
Malangnya, sehingga kini, Maybank tidak memberikan penjelasan yang diminta.
Sebagai sebuah kesatuan yang bertanggungjawab, NUBE tidak boleh menggalakkan ahli-ahli untuk melibatkan diri dalam perkara yang mempunyai implikasi perundangan dan teknikal tanpa maklumat yang jelas dan lengkap daripada pihak Bank.
Melindungi ahli-ahli kita bermaksud memastikan mereka mempunyai maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan yang tepat.
One For All. All For One.
#Ketelusan #HakPekerja #LindungiAhli #KesatuanSekerja #NUBEMembelaAhli #MaklumatYangJelas #Transparency #WorkersRights #InformedDecision #StandWithNUBE #UnionStrong #ProtectingWorkers #OneForAllAllForOne
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now