MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) NUBE KLSP DI PUBLIC BANK CAWANGAN KOTA DAMANSARA
NUBE KLSP telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bersama ahli-ahli NUBE di Public Bank Cawangan Kota Damansara sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh perpaduan, meningkatkan penglibatan ahli serta membincangkan isu-isu berkaitan hak dan kebajikan pekerja.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Sdr. Saifulizan, Ketua Zon A, dengan dibantu oleh Sdr. Nur Muhammad Tamjidullah, Ahli Jawatankuasa NUBE KLSP. Turut hadir memberikan sokongan sebagai tanda semangat solidariti merentas bank ialah Sdri. Khairunnisa dari Hong Leong Bank dan Sdri. Rabiatul Addawiyah dari CIMB Bank.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) bagi penggal baharu
- Perkembangan terkini mengenai Collective Agreement (CA)
- Isu-isu yang dihadapi oleh ahli NUBE di tempat kerja
- Perkembangan semasa yang melibatkan pekerja sektor perbankan
- Kepentingan hak pekerja serta semangat solidariti dalam memperkukuhkan Kesatuan
Sesi soal jawab berlangsung dalam suasana yang aktif dan terbuka, memberikan peluang kepada ahli untuk bertukar pandangan, mengemukakan cadangan serta mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai pelbagai isu semasa.
Ahli-ahli NUBE di Public Bank Cawangan Kota Damansara turut menyatakan komitmen untuk terus menyokong perjuangan Kesatuan serta merakamkan penghargaan atas kehadiran wakil NUBE KLSP. NUBE KLSP pula mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli atas jemputan, kerjasama dan sokongan yang telah diberikan.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEKLSP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #MesyuaratAgungTahunan #PerjanjianKolektif #PerwakilanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #AnnualGeneralMeeting #CollectiveAgreement #EmployeeRepresentation #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now