18 Aug 2026

BERITA NUBE

 

LAWATAN KERJA NUBE PKP DI BANK ISLAM CAWANGAN GEORGETOWN

NUBE PKP telah mengadakan lawatan kerja ke Bank Islam Cawangan Georgetown sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mendekati ahli, mengeratkan hubungan antara kepimpinan Kesatuan dan ahli serta memastikan kebajikan dan hak pekerja sentiasa diberi perhatian.

Lawatan ini telah disertai oleh Bendahari Kehormat NUBE PKP, Sdri. Sonia, bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr. Eswaran, yang berpeluang bertemu dan berinteraksi secara langsung dengan ahli-ahli NUBE di cawangan tersebut.

Antara tujuan utama lawatan:

  1. Memberikan khidmat nasihat kepada ahli berhubung isu atau permasalahan yang dihadapi di tempat kerja.
  2. Menyampaikan kemas kini serta perkembangan terkini berkaitan NUBE.
  3. Memantau dan memastikan kebajikan serta hak ahli sentiasa terpelihara.

Sesi lawatan berlangsung dalam suasana yang mesra dan positif, memberikan ruang kepada ahli untuk berkongsi pandangan serta mendapatkan penjelasan secara langsung daripada wakil Kesatuan.

Ahli-ahli NUBE PKP di Bank Islam Cawangan Georgetown turut menzahirkan penghargaan atas usaha berterusan kepimpinan NUBE dalam mempertahankan hak serta menjaga kebajikan seluruh ahli. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan menjadi kekuatan kepada Kesatuan untuk terus melangkah ke hadapan dalam memperjuangkan kepentingan pekerja.

  1. Pohon beringin rindang daunnya,
  2. Tempat berteduh si burung merpati;
  3. Kebajikan ahli sentiasa dijaga,
  4. NUBE melangkah sehati sejiwa.

ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.

#NUBEPKP #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #SuaraAhli #PerpaduanPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #MemberWelfare #MemberSupport #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my