LAWATAN KERJA NUBE PERAK DI MAYBANK & PUBLIC BANK KAMPAR, PERAK
NUBE PERAK telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta lawatan kerja di Maybank dan melawat ahli-ahli Public Bank Cawangan Kampar, Perak sebagai platform untuk memperkukuhkan hubungan sesama ahli, meningkatkan semangat perpaduan serta membincangkan isu-isu semasa berkaitan kebajikan, hak pekerja dan perkembangan kesatuan.
Program ini telah dihadiri oleh Sdr. Thiagu, Sdr. Azizul, Sdr. Arif, Sdri. Chelsea dan Sdri. Rose, yang turut berkongsi maklumat, pandangan serta perkembangan terkini mengenai isu-isu kesatuan dan persekitaran pekerjaan.
Antara perkara yang dibincangkan:
- Pemilihan Jawatankuasa Perhubungan Industri (IRC) yang baharu.
- Perkembangan semasa berkaitan Collective Agreement (CA) serta usaha NUBE dalam memperjuangkan terma dan syarat pekerjaan yang lebih baik.
- Hak-hak pekerja serta usaha berterusan kesatuan dalam mempertahankan kebajikan dan kepentingan ahli.
- Ahli dinasihati agar tidak terpengaruh dengan khabar angin yang dikeluarkan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab.
- Ahli-ahli dinasihati untuk membuat aduan kepada NUBE jika terdapat kekurangan kakitangan.
Program diakhiri dengan semangat solidariti yang tinggi apabila semua ahli yang hadir menyatakan komitmen untuk terus bersatu, saling menyokong dan memberikan sokongan padu kepada setiap usaha NUBE dalam memperjuangkan hak, kebajikan serta masa depan seluruh ahli.
ONE FOR ALL AND ALL FOR ONE.
#NUBEPERAK #NUBE #SolidaritiPekerja #KesatuanKuat #HakPekerja #KebajikanPekerja #PerjanjianKolektif #KekuranganKakitangan #SuaraPekerja #WorkersUnity #UnionStrong #StandWithNUBE #WorkersRights #CollectiveAgreement #StaffShortage #MemberVoice #StrongerTogether #ONEFORALLANDFORONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now