69 TAHUN MERDEKA: KEBEBASAN KITA, PERJUANGAN KITA, MASA DEPAN KITA
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Enam puluh sembilan tahun merdeka, namun realitinya kita masih dijajah. Bezanya cuma pada warna kulit sang penindas. Jika dahulu kekayaan kita dikaut orang luar, kini CEO bank korporat tempatan yang berkulit sama seperti kita pula yang tergamak memeras ugut titik peluh bangsa sendiri.
Kemerdekaan yang hakiki bukan sekadar bebas daripada kuasa asing, tetapi wajib diterjemahkan melalui maruah, keadilan, dan kesaksamaan bagi setiap pekerja. Hari ini, bentuk penjajahan telah bertukar wajah, kita berhadapan dengan majikan yang hilang peri kemanusiaan dan memperalatkan kuasa demi menindas hak kita.
Bagi seluruh ahli NUBE, ranjau perjuangan dalam sektor perbankan amat mencabar. Sikap tidak telus majikan dan kegagalan pihak berkuasa melindungi pekerja terus menjadi penghalang. Namun, biarpun diasak tekanan, intimidasi, dan rintangan, dengan perjuangan yang tidak mengenal erti penat lelah, keberanian untuk terus bersuara serta solidariti yang teguh dan tidak berbelah bahagi, kita akan terus melangkah kehadapan bersama. Selagi kita bersatu, selagi kita berjuang, keadilan dan kemenangan pasti menjadi milik kita.
Kekuatan mutlak NUBE berakar umbi daripada solidariti anda semua. Apabila kita berdiri teguh sebagai satu suara, satu NUBE, dan satu keluarga besar, tiada badai yang terlalu besar untuk kita tempuhi. Perpaduan kita ialah perisai menentang perpecahan, dan keberanian kita hari ini bakal merintis masa depan generasi akan datang.
Mari kita perbaharui komitmen untuk terus bangkit berjuang demi maruah pekerja.
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-69 kepada seluruh ahli NUBE dan rakyat Malaysia!
Kekal bersatu, kekal teguh, kekal NUBE.
Dalam Solidariti,
Bro Thiagarajan
Pengerusi NUBE Perak / Naib Presiden NUBE
#HariMerdeka #HariKebangsaan #Merdeka69 #MalaysiaMerdeka #KemerdekaanSebenar #HakPekerja #MaruahPekerja #SuaraPekerja #SolidaritiPekerja #KesatuanSekerja #WorkersRights #WorkersDignity #WorkerSolidarity #TradeUnion #NUBE #BankTipuKita #UnityIsStrength #StrengthIsVictory
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now