Malaysia 69 TAHUN MERDEKA !!!
PERSOALAN ADAKAH PEKERJA SUDAH MERDEKA??
Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah.
69 tahun lalu, pejuang terdahulu, melawan penjajahan untuk mendapatkan kebebasan.
Hari ini, penjajahan mungkin tidak lagi datang dengan senjata, tetapi wajahnya berubah kepada penjajahan memanipulasikan ekonomi dan manipulasikan hak pekerja.
Pekerja disuruh tingkatkan produktiviti. Keuntungan syarikat terus meningkat. CEO berterusan menerima ganjaran lumayan.
Tetapi bila pekerja menuntut gaji yang lebih adil dan kehidupan yang bermaruah, tiba-tiba dikatakan terlalu tinggi, tidak mampu dan tidak mengikut “market rate”.
Ironinya, bila untung naik, pekerja adalah aset. Bila gaji diminta naik, pekerja pula dianggap sebagai kos.
Inilah sebabnya perjuangan NUBE masih penting.
NUBE bukan sekadar memperjuangkan duit. NUBE memperjuangkan maruah, hak, suara dan masa depan pekerja pada masa ini dan generasi pekerja bank akan datang.
Kita tidak mahu jiwa rakyat Malaysia yang hanya merdeka pada bendera, tetapi pekerjanya berpendapatan yang masih terperangkap dalam ketidakadilan ekonomi.
Penjajahan mungkin sudah berubah wajah.
Kulitnya mungkin berbeza, tetapi hati penjajahnya tetap sama,iaitu mahu mengambil sebanyak mungkin, tetapi memberi seminimum mungkin.
Kepada warga NUBE, jangan takut bersuara. Pejuangan ini Hak Kita , Pejuangan ini Maruah Kita.
Hak tidak pernah datang bergolek. Hak datang kerana ada pekerja yang berani berdiri dan bersatu demi Hak dan Maruah diri kita serta Keluarga kita.
Malaysia 69 tahun Merdeka.
Kini kita perjuangkan pula kemerdekaan ekonomi untuk kaum pekerja di bumi yang bertuah dan kaya raya ini.
Hidup Pekerja!!! Hidup Kesatuan Sekerja!!!
Hidup NUBE Malaysia!!!
#NUBEKEBANGGAANKU #Merdeka69 #UtamakanHakPekerja #PekerjaKuasaPerubahan #BersamaKitaKuat #LawanTetapLawan #AMF #HakPekerja #MaruahPekerja #KeadilanEkonomi #SolidaritiPekerja #WorkersRights #WorkersDignity #EconomicJustice #WorkerSolidarity #TradeUnion #NUBE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now