Kini Akhir Tahun Lagi
Kepada Ahli NUBE Sekalian,
Kita semakin menghampiri penghujung 2024, dan tahun ini nampaknya berlalu dengan begitu cepat sekali.
Secara peribadi, saya sering berasa lebih gembira dan bertafakur pada waktu ini setiap tahun.
Dalam pada saya mengimbas semula sepanjang 2024, saya menyedari dengan lebih mendalam dedikasi ahli dan pegawai NUBE yang tidak gentar dengan penindasan yang dilakukan pihak bank atau Kementerian Sumber Manusia. Kita tetap teguh mempertahankan pendirian kita, tidak kira apa jua cabaran yang dihadapi.
Tahun ini, bank-bank nampaknya digalakkan oleh Kementerian Sumber Manusia yang jelas mahu ahli-ahli kesatuan dan kesatuan-kesatuan “kowtow” kepada mereka. Jika kita lihat sejarah, kerakusan dan niat jahat sentiasa tidak akan bertahan lama kerana rakyat akan pasti bangkit melawan kekejaman dilakukan golongan yang berkuasa dan memiliki kekayaan.
Kumpulan berpendapatan rendah di negara ini ditindas dengan pelbagai cara, dan pihak bank semakin berani dek seorang Menteri yang begitu bijak mencatur permainan.
Bantuan perayaan yang sepatutnya diterima ahli kita dinafikan secara terang-terangan dan biadap. Perjanjian kolektif telah dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan tanpa sebarang rundingan dilakukan. Pelbagai tindakan antikesatuan juga dilakukan bank tertentu secara bersendirian dengan MCBA, yang disokong, dipujuk dan digalakkan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Perjuangan suci ini masih berterusan, dan kita akan menang. Manipulasi pihak bank pasti ada hadnya, dan Menteri pasti kehausan modal politiknya sehingga satu tahap, bila tiba masanya ianya akan habis sama sekali. Disebabkan perjuangan LAWAN TETAP LAWAN NUBE yang suci inilah Menteri dan Kementerian Sumber Manusia terpaksa bertungkus lumus, walaupun kelopongan inisiatif mereka sikit demi sikit akan terdedah tidak lama lagi.
Marilah kita terus teguh dalam komitmen mengejar hak kita dan apa yang sewajarnya, memang milik kita. Saya yakin, dengan usaha tanpa lelah pegawai-pegawai utama, EXCO dan AJK Cawangan, bersama sokongan semua ahli, kita akan mencapai sasaran kita.
Kami merasa simpati dengan para CEO bank-bank, yang diintimidasi oleh CEO Maybank, Menteri Sumber Manusia serta pegawai Kesuma, dan berharap mereka diberikan keberkatan Tuhan untuk menyedari tindakan mereka serta merenung impak yang telah mereka timbulkan terhadap kehidupan mereka yang tidak bersalah, yang berkhidmat di bank-bank di mana CEO-CEO ini turut mencari nafkah hidup.
Semoga mereka terbuka untuk memulihkan keadaan dan bersyukur kepada Tuhan untuk peluang membaiki keadaan, membetulkan sebarang ketidakadilan terhadap golongan terjejas dan mudah ditindas.
Kita percaya Tuhan sentiasa bersama mereka yang tidak bersalah dan ikhlas, membimbing mereka dalam mengharungi setiap cabaran dan melindungi mereka daripada penindas.
Bagi pihak EXCO NUBE, saya ucapkan Selamat Hari Krismas yang diberkati bagi mereka yang menyambutnya, dan musim cuti yang menyeronokkan bagi lain. Moga tempoh ini membawa keamanan, penyembuhan dan penyatuan untuk semua.
Hidup NUBE!! Hidup Pekerja!! Hidup Malaysia!
#JSolomon #SpecialMessage #UcapanKhas #Christmas #Krismas #NUBE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now