Laporan Lawatan Zon G, KLSP
Minggu pertama tahun baru dimulakan dengan langkah proaktif! Pada 6 Januari 2025, *AJK Sdra Mohd Fauzie bersama Sdra Tamjidullah melaksanakan lawatan ke enam cawangan bank di Zon G:
1. Alliance Bank Caps Square
2. MBSB KL
3. Bank Islam RKT
4. Public Islamic Bank Kg Baru
5. CIMB Wisma Kenanga
6. Public Bank Menara
Cabaran Tidak Melemahkan Semangat
Bro Mohd Fauzie yang berdepan dengan ancaman perkerjaan beliau kerana majikannya, Public Bank menafikan cuti kesatuan untuk beliau menjalankan tugas-tugas AJKnya, beliau tetap cuba sedaya upaya untuk berjumpa dengan ahli-ahli di zon beliau.
Ini adalah komitmen beliau untuk terus memperjuangkan hak ahli NUBE tanpa henti!
Objektif Lawatan
1. Meningkatkan Ukhwah: Membina hubungan erat bersama ahli untuk memperkukuh kerjasama dan perpaduan.
2. Menyampaikan maklumat, Kempen Semasa: Memberi maklumat terkini mengenai Kempen Hapuskan Caj RM1, perkembangan isu Perjanjian Kolektif (CA) dan status Bantuan Perayaan (FA).
3. Pertikaian Perusahaan: Membincangkan dan memperjelas isu-isu pertikaian perusahaan yang masih dalam proses untuk memastikan hak ahli terus dipertahankan.
4. Hikmat nasihat kepada ahli-ahli yang telah hubungi beliau serta bimbingan hak membangkitkan aduan apabila majikan berlaku tidak adil.
Kesimpulan
Lawatan ini mengambarkan komitmen seorang AJK, yang mana telah berjaya mengeratkan hubungan dengan ahli sambil memupuk semangat perpaduan yang kukuh.
Penafian Cuti Kesatuan oleh Public Bank dan bank-bank bukan sahaja menyukarkan AJK NUBE KLSP menjalankan tugas mereka, malah menjejaskan perkhidmatan, menanggani isu dan aduan ahli secara berkesan.
NUBE menggesa KESUMA untuk segera menangani isu intimidasi ini demi memastikan hak pekerja B40 dan M40 dalam sektor perbankan di Malaysia terus terbela.
“Solidariti kita adalah kekuatan kita. Bersama-sama, kita mara ke hadapan!”
#LawatanNUBE #KLSP #HakPekerja #Solidariti #KesatuanKuat #BantuanPerayaan #PerjanjianKolektif #KempenRM1 #NUBEVisits #KelanaJaya #WorkersRights #Solidarity #UnionStrong #FestivalAid #CollectiveAgreement #RM1Campaign #HapusCajRM1 #LawanPenindasan
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now