Lawatan Rasmi NUBE SMJ ke Hospital KPJ Jalan Abdul Samad, Johor Bahru
Isnin, 13 Januari 2025
Lawatan Rasmi NUBE SMJ ke Hospital KPJ Jalan Abdul Samad, Johor Bahru
Hari ini, NUBE SMJ yang diketuai oleh Bro Michael telah mengadakan lawatan rasmi ke Hospital KPJ Jalan Abdul Samad untuk menziarahi ahli NUBE, Nor Redzuan Abdullah, atau lebih dikenali sebagai Wan Rooney.
Dimaklumkan bahawa beliau telah terlibat dalam satu kemalangan kereta pada petang Sabtu yang lalu dan kini berada di wad HDU KPJ Johor Specialist untuk rawatan lanjut.
Kami memohon doa daripada semua sahabat agar Wan Rooney segera diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya.
Dengan penuh dukacita, kami juga dimaklumkan bahawa sahabat beliau, Nurfaiz Rosli, yang menaiki kereta yang sama, telah meninggal dunia di tempat kejadian. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Almarhum Nurfaiz Rosli. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
#NUBESolidariti #DoaUntukWanRooney #SalamTakziah #KuatBersama #NUBESolidarity #Condolences #StrengthInUnity
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now