Biru, putih, hijau dan merah
Logo NUBE menawan kalbu
Tahun baru disambut meriah
Semoga NUBE bertambah maju”
Jumaat, 14.2.2025 – Majlis NUBE KLSP pertama bagi tahun 2025 bermula dengan Sambutan Tahun Baru Cina 2025
bersama sepasang Singa yang menggegar dan memeriahkan lagi majlis di Dewan PC Gomez, NUBE House, Brickfields.
Majlis ini berlangsung dengan pelbagai acara menarik, dimulakan dengan persembahan hebat tarian Singa yang dipersembahkan oleh Pusat Kebajikan - Jagaan Jing Sun serta diteruskan dengan upacara ‘Yee Sang’.
Si Badut turut menyerikan majlis dengan persembahannya yang menceriakan kanak-kanak dengan permainan, lawak jenaka, dan hadiah .
Selain pelbagai juadah lazat yang disajikan , majlis turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian oleh Sdr B.K.
KLSP juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk hamper kepada jemputan khas iaitu kanak-kanak dari Rumah Sun Beams yang terletak di Pandan Indah.
Majlis ini berakhir dengan penghargaan tertinggi kepada semua yang telah menjayakan Sambutan TBC ini, terutamanya Sdri AJK KLSP Azlina Ahmad, Pengerusi Majlis, Sdra Yushamizan Yusoff, Pembantu Khas, Sdra Saifulizan Hajidan, Juru-gambar Sdra Mohd Rahmat Abd Hamid & Muhammad Nizar Bin Mohd Nawiserta Peneraju & Penasihat Sambutan ini, Sdra J Solomon.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah memberikan sumbangan secara langsungkepada kanak-kanak yang hadir.
Kami dari KLSP mendoakan semoga ikatan solidariti kita bertambah erat dan mantap.
#ChineseNewYearCelebration #NUBESolidarity #KLSP2025 #StrongUnion #WorkersUnited #LongLiveNUBE #TogetherWeCelebrate #MeaningfulFestivities #SambutanTahunBaruCina #NUBESolidariti #KesatuanKuat #PekerjaBersatu #HidupNUBE #Kebersamaan #PerayaanBermakna
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now