MEMELIHARA KEHARMONIAN UKHWAH – LAWATAN KERJA & MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) ZON 3, NUBE PKP
Maybank Raja Uda Pulau Pinang – Musim panas yang hadir tidak menghalang Pemimpin Kesatuan NUBE PKP untuk turun padang bertemu dengan Ahli-ahli NUBE di Maybank Raja Uda, CIMB Raja Uda serta Hong Leong Bank Raja Uda.
NUBE PKP yang diwakili oleh AJK Cawangan iaitu Sdra Mohd Shukri, Mohd Ayup dan Sdri Marjaan telah berkunjung ke cawangan bank sekitar Raja Uda iaitu:
Maybank Raja Uda
CIMB Raja Uda
Hong Leong Bank Raja Uda
Turut diadakan ialah Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di RHB Raja Uda bagi perlantikan IRC untuk sesi 2025/2026.
Selain membincangkan mengenai isu-isu semasa berkaitan pekerjaan dan kesatuan, pertemuan ini juga telah dimanfaatkan sebaiknya oleh Pegawai NUBE PKP agar keharmonian ukhwah antara Ahli dan Pemimpin terpelihara.
Apabila ukhwah ini kita rapatkan pasti musuh-musuh yang nampak atau tidak nampak tidak berjaya memecahbelahkan keharmonian ukhwah ini.
Selendang Sutera Akan DiKirim,
Untuk Gadis Pujaan Hati,
Kukuhkan Ukhwah Subur Silaturahim,
Semoga Kekal Jalinan Ini.
#NUBEMalaysia #Zon3 #RajaUda #LawatanKerja2025 #AGM2025 #NUBEPKP #KesatuanPekerja #SolidaritiKesatuan #UkhwahKesatuan #PerjuanganBersama #IRC2025 #StrongerTogether
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now