NUBE TURUN PADANG – DENGAR, BINCANG & BERTINDAK!
CIMB Cawangan Gleneagles, Ampang
24 Julai 2025
NUBE meneruskan usaha memperkukuh suara akar umbi melalui sesi perjumpaan khas bersama ahli di CIMB Gleneagles. Perbincangan dipimpin oleh Sdr Yushamizan Bin Yusoff, Ketua Zon KLSP dan turut disertai oleh:
Sdr Mohd Faisal Bin Husin, Naib Pengerusi KLSP
Sdr Abd Razak Aripin, AJK Kerja Cawangan
Sdr Kennedy Kannan, Bendahari NUBE
Pelbagai isu penting disentuh dalam sesi ini, antaranya:
Tindakan lanjut kes FA & CA yang kini di peringkat perundangan – serta persoalan ketelusan pihak atasan.
Manipulasi penilaian NPS yang menekan ahli, ditambah pula dengan pengkhianatan dalam kalangan kita sendiri.
Strategi terselindung di sebalik pelaksanaan e-Learning – yang kini menjadi alat kawalan, bukan pembangunan.
Isu keselamatan & kesihatan tempat kerja yang masih belum menunjukkan komitmen serius dari pihak pengurusan.
Keadaan semasa industri perbankan yang makin mencabar, terutama dari segi beban kerja dan tekanan berlebihan.
Perjumpaan ini sekali lagi menegaskan keperluan untuk sebuah kesatuan yang kuat, konsisten dan tegas. Bukan sekadar ada nama, tetapi mampu melindungi dan memperjuangkan setiap ahli dengan berani dan berprinsip.
NUBE tidak akan berdiam. Kita terus mara – demi maruah dan kebajikan ahli!
#NUBEMalaysia #CIMBGleneagles #KesatuanBukanMainan #NUBEKLSP
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now