MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) RHB Bank Pulau Tikus – NUBE PKP
MEMBAJAI SEMANGAT PERPADUAN
30 Julai 2025, Pulau Tikus, Pulau Pinang – Sdra T. Eswaran PJM dan Sdra Alvin PJM, selaku AJK Cawangan NUBE PKP, telah hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi pelantikan AJK Penyelaras (IRC) bagi sesi 2025/2026.
Menerusi mesyuarat ini, ahli-ahli menzahirkan rasa berterima kasih atas pelbagai perkongsian bersama Pegawai NUBE PKP berkaitan isu semasa kesatuan dan khidmat nasihat berkenaan hal ehwal pekerjaan.
Justeru, Pegawai NUBE PKP amat berbesar hati melihat sokongan padu daripada ahli kesatuan terhadap NUBE. Dengan usaha bersama, semangat perpaduan dapat dibajai dan diperkukuhkan, seterusnya mampu mendepani setiap cabaran bersama.
"Bersekutu bertambah mutu."
Syabas dan terima kasih diucapkan kepada ahli NUBE di RHB Bank Cawangan Pulau Tikus serta tahniah kepada AJK Penyelaras (IRC) yang telah dilantik!
#NUBEPKP #RHBPulauTikus #UnionSolidarity #AGMNUBE2025 #CollectiveStrength #SolidaritiKesatuan #KekuatanBersama #IRC2025 #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now